Menulis Headline Yang Buat Pelanggan Rasa Mudah Guna Produk.
Headline juga berperanan untuk buat pelanggan rasa mudah.
Kita kena faham bahawa manusia apabila membeli barang mereka mengutamakan 7 perkara ini iaitu:
- Mudah
- Berkesan
- Selamat
- Berpatutan
- Jaminan
- Berkualiti
- Tahan lama
Dalam posting ini, saya akan bercerita mengenai Mudah.
Mudah ini boleh membawa maksud mudah guna, mudah berhubung & apa sahaja yang memudahkan.
Sekiranya anda jual produk suplemen, biasanya kita akan fokus kepada mudah guna.
Contoh headline:
- “Dengan semudah 1 sachet setiap pagi, anda dapat membuang lancar & badan rasa lebih ringan.”
- “Tak perlu nak susah nak bancuh. Hanya 2 biji kapsul sacha inchi oil untuk tenaga sepanjang hari.”
- “Koyak dan kemam sahaja. Begitu mudahnya nak dapatkan wajah yang flawless.”
Sekiranya anda jual produk pakaian, biasanya kita akan fokus kepada mudah pakai @ mudah jaga.
Contoh headline:
- “Sarung sahaja shawl ABC. Terus dapat bentuk yang Neelofa selalu pakai kat TV tu.”
- “Sampai sekarang dah 3 tahun saya basuh baju XYZ. memang tak luntur warna & baju tak renggang.”
- “Sampai dalam rumah isteri saya pakai Palazo. Senang pakai dan senang jaga. Puas hati. Pakai pun selesa.”
Sekiranya anda jual servis, biasanya kita akan fokus kepada mudah berhubung @ customer services.
Contoh headline:
- “Tak pernah lagi saya jumpa. Lepas servis cuci karpet, dia telefon sebulan sekali tanya keadaan karpet.”
- “Tengah malam pun, kami akan jawab call anda sekiranya anda perlu kereta sewa.”
- “Tak sangka masih wujud seller macam ni. Bantu saya track barang saya di pejabat pos.”
Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:
Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.
Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/
Atau klik banner di bawah: