Menulis Headline Yang Dapat Menyelam Hati & Perasaan Pelanggan

Headline untuk menyelam hati dan perasaan pelanggan anda.

Bahasa teknikal ialah empati. Bahasa mudah ialah kita meletakkan diri kita sebagai seorang pengguna. 

Dengan headline juga, kita boleh menunjukkan bahawa kita faham susah payah & struggle pelanggan kita.

Kita juga boleh empati dengan memahami kehendak dan impian yang pelanggan kita idamkan selama ini.

Headline empati masalah

Contoh headline produk insurans:

1. “Kami sendiri pun susah hati memikirkan masa depan anak dan isteri apabila sudah tiada nanti.”

2. “Setelah menguruskan banyak hibah, kami faham big why ketua keluarga untuk pastikan masa depan anak dan isteri lebih terjamin.”

Contoh headline produk fesyen:

1. “Kami pernah berada di situasi anda. Apabila badan dah saiz XXL, memang susah nak cari saiz baju.”

2. “Setelah bantu ramai student, saya lebih komited nak bantu anda pula untuk kumpul koleksi tudung yang cantik & menarik.”

Headline empati kehendak

Contoh headline produk kesihatan: 

1. “Kami pun macam anda. Mahu mak ayah bebas sakit lutut dan boleh buat aktiviti harian dengan lebih selesa.

2. “Kami pandang anak anda macam anak kami. Kami pun mahu anak kami membesar dengan sihat.”

Contoh headline produk servis: 

1. “Bukan senang nak cari duit. Sebab itu, kami akan pastikan rumah anda siap dengan cantik sebelum raya nanti.”

2. “Dulu, ayah saya pernah kena tipu. Sejak tu, saya pastikan upah baiki kereta saya berpatutan. Tiada caj melampau.”

Anda suka dengan tips headline ini? 

Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:

Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.

Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/

Atau klik banner di bawah:

Similar Posts