Cara Menulis Descriptive Headline Untuk Produk Makanan.

Descriptive headline merupakan headline yang kita gunakan untuk menerangkan mengenai produk/servis kita.

Biasanya, kita menerangkan nilai luaran atau apa yang boleh dilihat. 

Dalam posting ini, saya akan tunjuk contoh bagi produk makanan. Kita boleh describe dengan cara penyediaan, cara pembungkusan, cara pembuatan dan banyak lagi.

Contoh bagi penyediaan makanan.

“Laaaa… Koyak, masak, siap. Kalau saya tahu senang nak buat gulai udang dengan Pes Gulai Udang Jeligho, baik saya borong 6 terus.”

“Jimat masa buat breakfast. Lepas seminit saya masukkan nasi goreng ABC dalam microwave, terus siap. Makan pun sedap.”

Contoh bagi pembungkusan

“Kami guna sistem retort yang buat karipap kami boleh tahan sehingga 9-12 bulan. Anda boleh makan bila anda nak tanpa perlu risau mengenai expired date.”

“Sengaja kita buat 3 layer untuk balut sandwich & letak dalam kotak yang keras supaya tak meleleh & tak jatuh.”

Contoh bagi cara penyediaan

“Rahsia yang buat anda ketagih dengan inti kentang sambal kami sedap kerana kami kacau kentang selama 3 jam & masak sambal sehingga 6 jam.”

Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:

Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.

Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/

Atau klik banner di bawah:

Similar Posts