Menulis Headline Yang Menjawab Rejection Pelanggan.
Rejection ini merujuk kepada sebab pelanggan tidak beli atau cuba produk/servis kita.
Ada juga yang kata alasan pelanggan. Kita perlu terima hakikat, semua alasan adalah betul.
Tugas kita sebagai usahawan adalah counter sebanyak mungkin rejection yang boleh.
Kita perlu tahu bahawa mind separa sedar kita sentiasa menimbulkan keraguan dan bisikan untuk reject sesuatu tawaran.
Apabila kita nampak sahaja elemen atau ayat yang menjawab rejection, baru lah kita lebih yakin untuk cuba produk atau servis tersebut.
Antara rejection yang selalu bermain dalam minda kita adalah:
- Boleh percaya ke?
- Betul mujarab ke?
- Mahal nya?
- Macam mana kalau tak berkesan?
- Ala, marketing je lebih. Kualiti sama je.
Dan macam-macam lagi bisikan yang ada.
Anda mesti pernah alami bisikan seperti di atas kan?
Dalam artikel ini, saya akan berkongsi bagaimana nak jawab atau counter rejection pelanggan.
Secara asasnya, ada 2 langkah iaitu:
- Senaraikan dahulu apa rejection pelanggan.
- Senaraikan jawapan counter rejection.
Seperti biasa, saya akan beri contoh supaya anda mudah faham.
Sebagai contoh, saya jual servis aircond.
Langkah Pertama: Senaraikan Rejection Pelanggan.
Anda boleh buat survey kepada pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan mengenai apa yang buat mereka reject atau bluetick sesuatu offer.
Apa yang sedang berlegar di fikiran mereka? Apa yang mereka buat mereka sangsi atau ragu untuk cuba.
Contoh keraguan bagi yang nak beli aircond:
Apa yang buat pelanggan ragu-ragu nak beli aircond?
- Tahan lama ke?
- Elektrik mesti kuat ni.
- Mahal sangat la.
Langkah Kedua: Senaraikan Jawapan Counter Rejection Pelanggan.
Anda boleh mula jawab rejection yang telah anda senaraikan awal tadi.
Lebih details, lebih bagus.
Sebagai contoh untuk yang jual aircond tadi:
- Memang tahan lama. Ada warranty 3 tahun. Selagi dalam warranty, kita akan bagi free servis.
- Tak kuat pun. Teknologi aircond ini dah terbukti dengan kerjasama SIRIM dapat turunkan kos elektrik sebanyak 20%.
- Dengan nilai dan manfaat yang lebih baik sangat berpatutan dengan harga. Ada warranty dan kos elektrik lebih murah.
Langkah Ketiga: Mula Tulis Headline Berdasarkan Jawapan
Apabila ada jawapan, proses menulis headline akan jadi lebih mudah.
Biasanya, kami akan guna headline yang straight forward. Tiada bunga-bunga.
Sekarang, zaman perang perhatian. Kena cepat dan padat.
Sebagai contoh, ini headline yang kami buat berdasarkan jawapan counter rejection pelanggan.
Contoh headline aircond:
- “Aircond ABC mempunyai warranty 3 tahun. Ada rosak, kami akan servis free.”
- “Selepas 2 tahun eksperimen dilakukan, kos elektrik aircond ABC terbukti 20% lebih murah.”
- “Tak la mahal Aircond ABC sebab ada warranty 3 tahun & kos elektrik 20% lebih murah.”
Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:
Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.
Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/
Atau klik banner di bawah: