Menulis Headline Yang Buat Pelanggan Rasa Harga Kita Berpatutan.

Headline juga berperanan untuk menerangkan nilai harga yang berpatutan. 

Nilai harga bermaksud kita mahu tunjukkan produk kita setimpal bahkan lebih murah berbanding dengan harga yang pelanggan bayar. 

Kita perlu faham bahawa, 

  • Nilai – Apa yang pelanggan dapat?
  • Harga – Berapa yang pelanggan bayar?

Sekiranya anda jual produk yang agak mahal, anda boleh tunjukkan dengan kajian, teknologi, rare atau tempoh penggunaan. 

Contoh Headline Berdasarkan Teknologi, 

“Serum XYZ telah melabur RM500,000 untuk menggunakan teknologi dari Jepun yang buat vitamin menyerap terus ke kulit untuk beri kesan yang cepat dengan selamat.”

Huraian: Pelaburan RM500k sudah memberi nilai luaran bahawa produk kita berkualiti memang sesuai sekiranya harganya mahal. 

Contoh Headline Berdasarkan Kajian, 

“Spray kasut kalis air ini telah melalui uji kaji selama 7 tahun untuk mendapat formula yang berkesan dalam 20 saat.”

Huraian: Ujikaji selama 7 tahun menjadi indikator bahawa produk kita betul betul berkualiti dan pelanggan boleh terima sekiranya mahal. 

Contoh Headline Berdasarkan Tempoh Guna, 

“Pelaburan anda hanya RM3 sehari untuk mendapatkan sumber tenaga dan anda boleh buat kerja tanpa rasa letih.” 

Huraian: Ini contoh bagi produk RM90. Kita bahagi dengan 30 hari. Dapatlah RM3 sehari. Dari situ, pelanggan rasa murah. 

Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:

Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.

Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/

Atau klik banner di bawah:

Similar Posts