3 Cara Mudah & Cepat Menulis Headline Yang Betul-Betul Efektif.

3 cara cepat tulis headline yang efektif. 

Memang betul-betul perah otak apabila nak tulis copywriting. Salah satu tips yang saya pakai dari dulu sampai sekarang adalah…

Buat headline dahulu.

Sama seperti kita nak bercerita. Mesti ada tajuk baru mudah nak menyembang kan?

Sama juga nak menulis copywriting. Tulis headline dulu.

Tapi tak ada idea pula nak tulis headline yang betul-betul padu.

Haaaa… Anda di tempat yang betul.

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi 3 cara untuk tulis headline yang betul-betul efektif.

Kita mula dengan ambil contoh, jual jogger pants. 

Cara 1: Guna sudut “Manfaat” produk.

Kita guna manfaat seluar tahan lasak & warna tak luntur.

Contoh:

  1. “Tak sangka, dah pakai 3 tahun. Seluar ni masih tahan sampai sekarang . Warna pun tak luntur.”
  2. “Laaaa… Tak percaya? Betul la. Seluar ni dah 3 tahun. Dah lama dah. Cuma nampak macam baru sebab warna dia tak luntur.”
  3. “3-4 kali dah terjatuh, terguling. Seluar ni masih steady. Tak koyak. Memang tahan lasak.”

Cara 2: Guna sudut “Pelanggan” produk.

Kita pilih hiker sebagai pelanggan produk.

Contoh: 

  1. “Geram betul. Tak ada siapa cakap kat saya yang Jogger Pants ni selesa betul. Lancar je saya hiking.”
  2. “Rasa macam meluncur je masa hiking. Selesa sangat pakai Jogger Pants ni. Nak bergerak pun sangat mudah.”
  3. “Ini bukan indah khabar dari rupa. Jogger pants ni bukan sahaja stylish. Tapi tahan lasak, elastik dan selesa untuk hiking.”

Cara 3: Guna sudut “Offer” produk.

Kita guna offer produk sebagai headline kita.

Contoh: 

  1. “Jangan menyesal. Baik ambil 3 helai Jogger Pants. Dapat free gift stokin, free notes book & free postage. Lagi berbaloi.”
  2. “Marah member saya. Kenapa beli 1. Beli la 3. Ada diskaun 20%. Siap free gift stokin dan free postage lagi”
  3. “Peluang hanya sekali. Pakej Combo dapat 3 helai Jogger Pants. Plus diskaun 20%. Siap free gift dan free postage. Jimat RM30.”

Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:

Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.

Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/

Atau klik banner di bawah:

Similar Posts