Guna Hukum 3 Untuk Menulis Headline Yang Lebih Efektif.

Saya guna hukum 3 untuk menulis headline yang baik. 

Hukum 3 merujuk kepada kita tulis 3 headline dan kita tambah baik sebanyak 3 lapisan.

Sebagai contoh, saya jual produk gout. 

Lapisan 1: Idea.

Dalam lapisan 1, saya hanya akan tulis headline berdasarkan idea sahaja.

Kebiasaanya, headline lapisan pertama memang pendek sahaja.

Contoh headline lapisan 1:

  • ABC bantu legakan sakit gout. 
  • Anda ada sakit gout? 
  • Nak makan seafood tapi ada gout? 

Lapisan 2: Penerangan.

Dalam lapisan kedua, kita menerangkan atau menjelaskan lagi idea headline kita.

Menerangkan dengan memberi sebab atau menonjolkan manfaat atau akibat daripada masalah yang kita tulis dalam headline lapisan pertama.

Oleh itu, headline lebih panjang sedikit.

Contoh headline lapisan 2:

  • Dalam ABC, ada Bahan X yang dapat legakan sakit gout. 
  • Siapa lagi yang ada sakit gout sampai nak jalan pun susah? 
  • Tak sanggup lagi nak pantang makan seafood.

Lapisan 3: Penyempurnaan.

Dalam lapisan ketiga, kita lengkapkan headline lapisan kedua dengan:

  • Tambahan fakta,
  • Kesan akibat masalah ataupun
  • Besarkan pengharapan dan impian pelanggan.

Contoh headline lapisan 3:

  • Menurut kajian dari UKM, bahan X terbukti menurun bacaan asid urik yang buat gout anda semakin berkurangan. 
  • Siapa lagi yang dah tak tahan dengan seksa sakit gout sampai nak berjalan pun terhincut-hincut sehingga kena pakai tongkat? 
  • Bebaskan diri anda dari belenggu seksa gout dan anda boleh kembali makan seafood kegemaran anda.

Anda sudah nampak bahawa setiap kali lapisan baru, saya akan tambah baik supaya headline lebih kredibel dan manfaat lebih jelas. 

Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:

Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.

Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/

Atau klik banner di bawah:

Similar Posts