Cara Cepat Tulis 5-10 Headline Untuk Naikkan Conversion Rate.

Dengan cara ini, saya boleh tulis 5-10 headline yang dapat bantu tingkatkan success rate iklan.

Cara yang saya guna ialah mengenal pelanggan.

Dengan kenal pelanggan, saya dapat banyak idea dan angle untuk tulis headline dengan mudah dan cepat.

Sebagai contoh, saya nak jual karipap. 

Senaraikan Pelanggan & Kenapa Beli

Pertama sekali, saya akan senaraikan potential buyer karipap & kenapa mereka beli karipap. 

Tujuannya saya dapat bina draft pelanggan yang lebih baik kerana saya sudah cover psikologi pembelian pelanggan.

Oleh itu, headline yang saya hasilkan adalah headline yang lebih baik.

Contoh senarai pelanggan & sebab mereka membeli:

  1. Mak yang nak beli untuk anak buat bekal pergi sekolah. 
  2. Isteri yang nak beli untuk suami buat bekal pergi pejabat.
  3. Mak ayah yang nak buat kenduri. Ada kuih muih.
  4. Penggemar karipap yang fedup dengan karipap angin.
  5. Pekerja kilang yang nak jimat duit makan tapi kenyang.

Convert Jadi Headline Monolog

Dari sini, saya nampak angle untuk tulis copywriting dalam kempen saya. 

Biasanya saya guna headline jenis monolog.

Headline jenis monolog adalah bentuk dialog. Boleh jadi perkataan atau ayat yang telah diucapkan atau akan diucapkan oleh pelanggan.

Sebagai contoh: 

  1. “Karipap ni bagi cukup tenaga untuk anak belajar.”
  2. “Saya prepare karipap je untuk suami. Siap cepat.”
  3. “Nak buat kenduri? Boleh tambah menu karipap kami.”
  4. “Sumpah! Karipap kami padat. Kalau angin, kami refund.”
  5. “Jimat duit bila makan karipap. Kenyang betul.”

Ini antara contoh cara saya tulis headline. Biasanya, saya akan senarai dalam 5-20 headline untuk kempen marketing. 

Dengan ini, team marketing ada option banyak untuk hantar iklan kepada banyak segmen market. 

Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:

Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.

Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/

Atau klik banner di bawah:

Similar Posts