Menulis Headline Yang Buat Pelanggan Faham Nilai Produk Kita.
Headline yang baik menerangkan nilai yang bakal pelanggan dapat.
Apa itu nilai?
Sama ada menyelesaikan masalah atau memenuhi kehendak pelanggan.
Sebagai contoh, saya jual wallpaper dinding.
Headline Menyelesaikan Masalah Pelanggan
Langkah pertama, anda perlu senaraikan masalah yang pengguna anda hadapi sehingga perlu guna atau dapatkan produk/servis anda.
Sebagai contoh:
- Kos cat dan peralatan mengecat yang mahal.
- Tak ada masa nak cat. Sibuk bekerja.
- Tak tahu atau langsung tak ada pengalaman mengecat.
Langkah kedua, anda perlu convert setiap senarai kepada headline yang menjadi penyelesaian kepada masalah mereka.
Contoh headline menyelesaikan masalah:
- “Kini, anda dah tak perlu habis beratus ringgit beli cat untuk dapatkan hiasan dinding idaman anda.”
- “Laaaa… Tak sampai 1 jam dah siap pasang wallpaper dinding. Memang cepat dan tak ambil masa terlalu lama.”
- “Punya la mudah. Sampai anak saya pun boleh pasang wallpaper dinding. Dah la lawa. Naik seri dinding. Kalau saya cat sendiri belum tentu jadi.”
Headline Memenuhi Kehendak Pelanggan
Langkah pertama, anda perlu senaraikan kehendak pelanggan yang produk atau servis anda dapat penuhi dan bantu mereka capai.
Sebagai contoh:
- Nak dinding yang lawa dengan kos rendah.
- Nak tetamu, jiran puji dinding dan rumah lawa.
- Nak tukar warna dan corak dinding setiap tahun.
Langkah kedua, anda perlu convert setiap senarai kepada headline yang dapat bantu mereka capai kehendak mereka.
Contoh headline memenuhi kehendak pelanggan:
- “Bayangkan, tak sampai 1 jam anda boleh dapat hiasan dinding idaman anda dengan kos tak sampai RM60.”
- “Senyum isteri saya satu hari ini. Jiran puji dinding sangat berseri.”
- “Ini rahsia dinding rumah anda boleh berwajah baru setiap tahun.”
Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:
Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.
Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/
Atau klik banner di bawah: