3 Rahsia Kuasai “Bahasa” Pelanggan Anda
Nak tahu rahsia paling fundamental untuk copywriting yang menjual?
Bukan teknik menulis terkini, atau template iklan terhebat…
Tapi, kita kena faham & boleh guna “bahasa” yang sama dengan pelanggan kita!
Eh, maksud saya bukan dari segi loghat atau slanga tau.
Saya cakap pasal cara mereka nyatakan masalah & impian yang mereka ada.
Barulah iklan kita akan kena dengan jiwa mereka.
Jom kita belajar lebih dalam…
1. Guna perkataan yang pelanggan guna.
Kalau pelanggan kita cakap:
“Saya nak kulit lebih putih”
Tapi kita pulak tulis:
“Membantu proses pigmentasi melanin”
Pelanggan confirm keliru! mereka tak faham benda alah melanin-melanin ni.
Jadi pastikan gunakan perkataan yang selalu disebut oleh pelanggan kita sendiri.
Lebih dekat dengan kehidupan mereka, lebih bagus!
2. Tahu masalah & desire mereka.
Tiada siapa lebih faham masalah & keinginan pelanggan, selain dari pelanggan itu sendiri.
Apa kata kita:
✅ Survey pelanggan yang pernah beli
✅ Baca komen & review produk
✅ Terjah group/forum dalam niche kita
Kaji betul-betul apa yang mereka sering luahkan. Dari situ kita boleh up-to-date dengan masalah terkini yang dihadapi.
Dah tahu masalah, baru kita boleh tawarkan produk sebagai penyelesaian.
3. Elak jargon & ayat bombastik.
Ramai yang terpengaruh dengan iklan-iklan yang guna ayat panjang lebar macam karangan Sejarah SPM.
Ingat kalau letak jargon & istilah mencanak, akan buatkan produk nampak lebih berkualiti.
Kecuali kalau target market kita betul-betul golongan profesional yang faham semua istilah tu.
Tapi kalau majoriti pelanggan kita orang biasa, gunalah bahasa biasa-biasa.
Kerana copywriting yang baik itu mudah difahami oleh semua.
Penutup
Okey, itu sahaja perkongsian saya pasal menguasai “bahasa” pelanggan kita dalam copywriting.
Kalau kita boleh “align” dengan cara mereka bercakap & berfikir…
InsyaAllah sales copy kita akan lebih power dan menjual!
Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo di sini > https://ezy.la/cccai/
Kalau rasa post ni berguna, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang tengah berniaga.
Sekiranya nak belajar buat copywriting & content dengan AI, boleh dapatkan combo dengan klik poster di bawah:
Kami ada hasilkan combo Panduan Copywriting & Content AI supaya anda boleh generate 20-30 copywriting & content dengan lebih berstruktur sepantas 15-20 minit.
Tuan puan boleh belajar di sini > https://ezy.la/cccai/
Atau klik banner di bawah: